Tuesday, 6 September 2011

Renungan Untuk Diriku yang MUDAH LUPA....


YA ALLAH,
HADIRKAN HATI
SAHABATKU INI DENGAN 
SIFAT KASIH SAYANG
AGAR DAPAT KUBAWA
KE JALAN MU. 


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang  bermaksud :
"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak patut menzalimi  membohongi , dan merendahkannya. Takwa itu di sini (Baginda s.a.w. menunduk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang itu dikatakan buruk jika sanggup menghina saudaranya sesama Muslim.(Sesungguhnya) setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah diharamkan darahnya, hartanya dan kehormatannya."-(Riwayat Ahmad no. 7713 dan Muslim no. 2563)
 

0 comments:

Post a Comment