Thursday 26 January 2012

Kadang-kadang kita lupa



kadang-kadang kita terlupa...

Terlupa untuk bersyukur dengan segala nikmat dan limpahan rezeki yang dikurniakanNya. Lupa untuk bersyukur bahawa sesungguhnya Dialah punca segala kesedapan dan kenikmatan yang kita rasai didunia ini. 

Kadang-kadang kita lupa…

Lupa nak bersyukur apabila Dia bangunkan kita di tengah-tengah malam untuk bermunajat kepadaNya. Lupa untuk bersyukur bahawa sesungguhnya Dialah yang memberi kekuatan itu kepada kita. Kita berharap pada alarm untuk mengejutkan kita, tapi terlupa bahawa Dia jualah yang akan membunyikan alarm tersebut untuk mengejut kita. Dialah yang membolehkan kita untuk bangun awal setiap hari. Kita lupa untuk menghargai setiap peluang yang di beri untuk kita beramal kepadaNya. Kita terbangun dan melihat jam pukul 3.30pagi. Lantas kita pun menyambung tidur kita. Padahal Allah teringin untuk dengar suara kita pagi itu, maka Dia gerakkan kita. Kita sia-siakan peluang yang diberiNya. Kadang-kadang kita marah sahabat-sahabat yang mengganggu tidur kita, sedangkan Allah yang menggerakkan hati sahabat untuk membangunkan kita. Kadang-kadang kita lupa nak hargai peluang yang ada…Terlupa nak hargai orang sekeliling kita…

Kadang-kadang kita lupa…

Dalam kesibukan dan kebuntuan untuk mencari masa menghabiskan membuat kerja sekolah dan 'study', kita lupa untuk bergantung harap dan memohon kekuatan daripadaNya.
Kadang-kadang kita lupa, bahawa kita masih punya Allah untuk kita pohon segala yang kita inginkan, untuk kita sandarkan harapan agar segalanya berlalu dengan baik.

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah talah mengadakan kententuan bagi tiap-tiap sesuatu” (At-Thalaq:2-3)

Yang penting, keyakinan kita padaNya. Keyakinan bahawa Allah tidak pernah mengecewakan hamba yang meminta kepadaNya. Pohonlah apa sahaja…

Kadang-kadang kita lupa…

Lupa untuk melihat pelbagai nikmat yang telah dikurniakan kepada kita sehingga kita tertanya-tanya, kenapa aku tak jadi seperti dia? Kenapa tak comel dan secantik macam dia? Kenapa tak pandai macam dia? Kenapa tak bersemangat macam dia? Kadang-kadang kita terlupa bahawa Allah telah memberi yang terbaik untuk kita. Terlupa yang Allah hanya ingin melihat sekeping hati yang sejahtera daripada kita semua. Bukan yang lain. Terlupa yang setiap makhluk diciptakan dengan kelebihan yang tersendiri. Terlupa untuk melihat kelebihan diri sendiri sehingga menginginkan kelebihan yang diberi kepada orang lain. Terlupa yang matlamat kita serupa, tapi jalan yang dibentangkan di hadapan kita berlainan. Bersesuaian dengan keupayaan kita untuk mencari redhaNya. Terlupa untuk melihat sirah Rasulullah SAW. Ada sahabat yang bila bertanyakan rasulullah bagaimana cara untuk mendapatkan syurga? Untuk setiap mereka berlainan jawapan yang diberikan oleh baginda SAW. Ada yang perlu berbakti kepada ibu bapa, ada yang perlu berjihad di medan perang. Bersesuaian dengan kemampuan masing-masing. Kita juga begitu, lihatlah segala kebolehan yang ada pada diri dan bantulah agama Allah sedaya yang kita mampu. Tak perlu berharap untuk menjadi orang lain. Tetapi bersyukurlah dengan kelebihan yang ada dan selidikilah kelebihan yang diberikan kepada kita supaya dengannya kita mampu untuk menambah amal.

Kadang-kadang kita lupa…

Lupa kepada pesanan ibu dan ayah yang suruh belajar dengan bersungguh-sungguh agar menjadi insan yang berguna di masa akan datang. Lupa yang kita sedang memikul tanggungjawab yang besar dengan membawa segunung harapan mereka. Dan yang paling utama, kita terlupa yang belajar mampu mengubah kehidupan dan menjadikan kita orang yang lebih berilmu.

Kadang-kadang aku lupa…

Lupa pada diri sendiri tatkala berpesan kepada orang lain. Lupa yang telinga yang paling dekat adalah telinga sendiri. Lupa untuk berpesan pada diri sendiri agar sentiasa positive dalam kehidupan ini. Lupa yang terkadang kita pernah menyakit atau menyinggung perasaan orang yang disekeliling kita dan tanpa kita sedari kita telah pun melakukannya. Maka, sentiasalah kita saling ingat mengingati serta pesan berpesan sesama kita agar sentiasa rasa bersyukur dengan di atas segala pemberianNya..

telah direka khas untuk Badar SMK Agama Slim River



hope semua dapat mesej yang hendak disampaikan...

wallahua'lam...


Friday 9 December 2011

Allah Menerima Taubat Setiap Masa


عَنْ أَبِي مُوسَى الأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

قَالَ: إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ

 وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا

Ertinya:
“Dari Abi Musa al-‘Asyariy RA, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azzawajalla ‘menghulurkan tangannya’ (bersedia menerima taubat) pada waktu malam agar orang yang melakukan kejahatan pada waktu siang bertaubat; dan Allah ‘menghulurkan tangannya’ (bersedia menerima taubat) pada waktu siang agar orang yang melakukan kejahatan pada waktu malam bertaubat; sehinggalah matahari terbit dari barat.”
                                                         (HR. Muslim)

Wednesday 7 December 2011

Kisah Wali Allah yang Solat di atas Air

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.

Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"
Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."
Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"
Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."

Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."


Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."

Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.



Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"
Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."
Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."
WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"
Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.

Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.

Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

Bila laaaa...


Bila laaaa tuan aku nak menunaikan aku? Itulah ayat yang diberi oleh mak saya sebagai peringatan untuk menunaikan solat. Itulah yang solat akan bertanya. BILAKAH TUAN AKU NAK MENUNAIKAN AKU?


Solat merupakan rukun Islam yang ke-2 iaitu selepas mengucapkan dua kalimah syahadah. Jadi, solat merupakan fardhu kepada kita. Solat merupakan tiang agama. Sesebuah bangunan tidak akan bertahan sekiranya tidak bertiang.
Mengapa manusia di zaman atom ini susah untuk solat? Jika kita bermusafir sekali pun, kerajaan telah menyediakan tempat solat kepada pengguna lebuh raya. Jika ikut jalan lama, takkanlah tidak ada tempat untuk solat. Banyak masjid dan surau yang akan kita lalui. Jadi tidak ada alasan untuk kita tidak solat ketika bermusafir.

Allah telah memberikan rukhsah kepada orang yang bermusafir didalam menunaikan solat. Jika tidak ada surau atau masjid, kita boleh bersolat di tepi jalan. Kotor? Bawalah tikar atau alas sebelum memulakan perjalanan. Gunakannya semasa hendak bersolat sebagai alas. Jika yakin bersih, tak perlu semua itu.

Mari sama-sama kita hayati video dibawah. Bagus juga jika video ini menjadi iklan di negara kita.









Saturday 5 November 2011

Dua Jenis Takbir Pada Hari Raya


Pengertian:Takbir Mursal(mutlak/bebas) bermaksud takbir yang diungkap di luar solat. Takbir ini boleh dibaca selepas solat maghrib 30 Ramadhan sehingga selepas khutbah.(terdapat imam solat yang melaksanakan Takbir Muqyad (akibat tanpa ilmu)
Takbir Muqqayyad(terikat) bermaksud takbir yang dilafazkan sebaik sahaja selesai memberi salam solat fardu(mengiringi solat fardu). Ia boleh dilafazkan bermula subuh 10 Zulhijah sehingga 13 Zulhijjah(hari Tasyrik) selepas solat asar.
Adapun masalah tuntunan mengumandangkan takbir dalam hal ini kami jelaskan dulu tentang jenis-jenis takbir, bahwa takbir terdiri dari 2 jenis yaitu takbir mutlak (bebas) dan takbir muqayyad (terikat). Takbir mutlak menurut pendapat yang rajih (kuat), disyaratkan pada dua malam hari raya sampai selesai khutbah demikian juga disyaratkan di 10 hari pertama bulan Zulhijah sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Qudamah di dalam Al Mughni, (3/256) berkenaan takbir di malam dua hari raya dimulai dari melihat hilal bulan Syawal (jika memungkinkan dan jika tidak maka dimulai dari sampai berita ‘Ied melalui cara yang benar atau dengan terbenamnya matahari tanggal 30 Ramadhan), sedangkan pada malam ‘Idul Adha mulai dari terbenamnya matahari tanggal 9 Dzulhijjah, sebagaimana Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menegaskannya, “Pendapat yang rajih (lebih kuat) dalam masalah takbir yang menjadi amalan mayoritas salaf dan ahli fikih dari kalangan sahabat dan para imam adalah bertakbir dari fajar hari Arafah sampai akhir hari tasyrik setelah shalat, disyaratkan bagi setiap orang mengeraskan takbirnya ketika keluar dari shalat ‘Ied dan inilah kesepakatan dari 4 imam mazhab. Adapun takbir Idul Fitri dimulai dari melihat hilal dan berakhir dengan selesainya ‘Ied yaitu selesainya imam dari khutbah menurut pendapat yang benar.” (LihatMajmu Fatawa, XXIV/220-221)
Terima kasih Tuan Guru ustaz Hj Yacub Lubis di atas ilmu yang dicurahkan.
a. Takbir umum:


Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar …..




Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd.

Artinya :


Allah maha besar (3X)




Tiada Tuhan selain Allah
Allah maha besar
Allah maha besar dan segala puji bagi Allah.

b. Bacaan lengkap:


Allaahu akbaru kabiiraa walhamdulillaahi katsiiraa,…




, wasubhaanallaahi bukrataw – wa ashillaa. Laa – ilaaha illallaahu walaa na’budu illaa iyyaahu mukhlishiina lahuddiina walau karihal – kaafiruun. Laa – ilaaha – illallaahu wahdah, shadaqa wa’dah, wanashara ‘abdah, – wa – a’azza – jundah, wahazamal – ahzaaba wahdah. Laa – ilaaha illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd

Artinya :


Allah maha besar lagi maha sempurna kebesarannya,




Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya,
Dan maha suci Allah sepanjang pagi dan sore.
Tiada Tuhan selain Allah dan tidak ada yang kami sembah kecuali hanya Allah,
dengan ikhlas kami beragama kepadanya, walaupun orang-orang kafir membenci.
Tidak ada Tuhan selain Allah sendiri; Benar janjinya, menolong hambanya, memulihkan tentaranya, dan mengusir musuh-musuh (Nabi)nya sendirian.
Tiada Tuhan selain Allah, Allah maha besar. Allah maha besar dan segala puji bagi Allah.

credit:cikgumat.ummisakinah.com