Monday, 5 September 2011

Rambut Mahkota Wanita?

kadang kala diri ini terfikir...betul ke rambut itu mahkota wanita



perkara ini timbul apabila ada pihak-pihak tertentu yang menilai ketampanan seseorang lelaki dengan melihat rambut yang digayakan oleh lelaki tersebut. Jika begitu, rambut merupakan mahkota lelaki. Betul tak? Dengan rambut, seseorang lelaki itu mampu memikat seseorang wanita.



                                                                        

Ada sesetengah wanita mengatakan bahawa rambut meraka memang mahkota. Ianya menjadi kemegahan seseorang wanita. Apakah yang perlu dibuat oleh mahkota itu? 

some will say 'we must show it!'
ada pula yang akan berkata ' kita patut bermegah dengan mahkota yang kita ada(tayang). Buat apa kita sorok-sorokkan'

dan macam-macam lagi. Pada pendapat saya, jika benar rambut itu adalah mahkota wanita, mereka seharusnya menjaganya dengan rapi. Menutup dan menyorokkannya. Apabila mahkota itu tidak disorokkan, pasti ada pihak-pihak tertentu(benda-benda yang boleh merosakkan rambut) mahu mencurinya(merosakkan rambut).


Jadi apakah yang boleh dilakukan bagi menyorok atau menyimpan mahkota daripada terdedah? Pastilah dengan memakai hijab(tudung). Bukankah di dalam Islam wanita diwajibkan menutup aurat?dan rambut merupakan aurat wanita.

untuk memahami apa itu aurat dan hijab, mari kita menyaksikan video di bawah :



Kesimpulannya, rambut itu memang mahkota wanita. Ianya perlu dijaga. Renung-renungkan.





0 comments:

Post a Comment