Saturday 27 August 2011

Halal Haram dalam Pemakanan


Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakatberbilang bangsabudayadan agamaKonsep 'SATU MALAYSIA' yang telah diketengahkan oleh Perdana MenteriDatoSeri NajibTun Razakamat mendapat tempat di hati sanubari dan pemikiranrakyatTidak kurang pula yang cuba mentafsir konsep tersebutdengan bermacam-macam andaian yang dirasakan sesuai dengannamanyaNamun masyarakat berbilang kaum ini menimbulkanmasalah terutama yang melibatkan isu pemakanan. Isu pemakanan amat dititikberatkan oleh Allah S.W.T. dan Rasul-Nya. Oleh yang demikian, isu pemakanan amat sensitif dalam kalangan umat islam. Pada zaman sekarang, kebanyakan makanan diragui dari sudut bahan-bahan campurannya yang memiliki bahan kimia yang merbahaya kepada kesihatan. Contohnya, monosodium glutamate (MSG). 

Antara makanan yang diragui kehalalannya ialah gelatin. Gelatin ialah sejenis protein tidak lengkap yang dihasilkan daripada sumber binatang iaitu daripada kulit dan sendi-sendinya. Sifat-sifatnya yang luar biasa menjadikannya sebagai salah satu bahan dengan pelbagai fungsi untuk digunakan dalam industri makanan dan farmasi. Ia merupakan bahan pemantap yang baik bagi industri pengeluaran makanan seperti aiskrim, agar-agar, sosej dan minuman bersusu. British Pharmacopoeia mendefinisikan gelatin sebagai terbitan kolegen iaitu protein yang dikaitkan dengan kulit tulang dan tisu penyambung yang lain. Ini bermakna, istilah gelatin tidak boleh dikaitkan dengan bahan daripada sumber tumbuhan. Namun begitu, terdapat juga bahan daripada tumbuhan yang mempunyai kualiti seperti gelatin. 
Di negara-negara pengeluar daging, beberapa buah rumah sembelihan memiliki sebuah kilang yang memproses gelatin untuk menguruskan sisa buangannya. Setelah diproses, sisa buangan ini akan menghasilkan serbuk berwarna putih dan tidak berbau yang mempunyai pelbagai kegunaan dalan industri makanan. Geletin digunakan sebagai penambah makanan, bahan lekatan dalam gula-gula dan bahan penggebu.


KEJU DAN WEI

Keju menjadi makanan kegemaran ramai pengguna di negara ini. Ia dimakan sama ada dengan roti atau digunakan sebagai ramuan kek. Walau bagaimanapun, kita perlu mngetahui apakah bahan yang dicampur semasa penghasilan keju. Apa yang menjadikan keju sebagai bahan yang dipertikaikan dalam islam ialah asal sumber renet yang digunakan.
Kaedah menggumpal susu yang palaing lazim ialah dengan menggunakan persedian enzim, renet yang secara tradisi diperolehi daripada perut anak lembu. Memandangkan sumber daripada anak lembu tidak dapat menampung permintaan untuk renet dalam persediaan keju, kekurangan enzim ini ditangani dengan mencampurkan astrak renet daripada perut anak lembu bersama enzim pepsin yang diambil khusus daripada perut babi . Kaedah ini digunakan secara meluas di Amerika. Contohnya ialah sapuan pada roti, susu rumusan bayi, adunan kek, dan biskut.