Cikgu-cikgu dan ustaz ustazah selalu berpesan kepada pelajar yang mengambil aliran sains tulen supaya menjadi doktor yang berpegang teguh kepada Islam.
Memang dewasa ini ramai doktor yang lahir dalam kalangan umat nabi Muhammad. Tetapi, berapa ramai yang berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah?
Kadang kala, apabila seorang pesakit mengucapkan "kerana doktorlah penyakit saya sembuh" kepada doktor Islam, doktor tersebut berbangga di atas pujian dan ucapan daripada pesakit tersebut. Perkara ini boleh memesongkan aqidah. Beliau lupa bahawa yang menyembuhkan penyakit setiap makhluk ialah Allah yang maha kaya. Doktor dan pesakit hanya ikhtiar.
Ada kalanya apabila seorang doktor tidak dapat menyelamatkan pesakit. Doktor tersebut akan menyalahkan diri sendiri. Walhal kematian itu merupakan suatu ketetapan Allah. Jika ditakdirkan pesakit itu meninggal pada sekian-sekian, doktor sendiri tidak mampu untuk menyelamatkan pesakit terbabit.







0 comments:
Post a Comment