Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Wednesday, 7 December 2011

Bila laaaa...


Bila laaaa tuan aku nak menunaikan aku? Itulah ayat yang diberi oleh mak saya sebagai peringatan untuk menunaikan solat. Itulah yang solat akan bertanya. BILAKAH TUAN AKU NAK MENUNAIKAN AKU?


Solat merupakan rukun Islam yang ke-2 iaitu selepas mengucapkan dua kalimah syahadah. Jadi, solat merupakan fardhu kepada kita. Solat merupakan tiang agama. Sesebuah bangunan tidak akan bertahan sekiranya tidak bertiang.
Mengapa manusia di zaman atom ini susah untuk solat? Jika kita bermusafir sekali pun, kerajaan telah menyediakan tempat solat kepada pengguna lebuh raya. Jika ikut jalan lama, takkanlah tidak ada tempat untuk solat. Banyak masjid dan surau yang akan kita lalui. Jadi tidak ada alasan untuk kita tidak solat ketika bermusafir.

Allah telah memberikan rukhsah kepada orang yang bermusafir didalam menunaikan solat. Jika tidak ada surau atau masjid, kita boleh bersolat di tepi jalan. Kotor? Bawalah tikar atau alas sebelum memulakan perjalanan. Gunakannya semasa hendak bersolat sebagai alas. Jika yakin bersih, tak perlu semua itu.

Mari sama-sama kita hayati video dibawah. Bagus juga jika video ini menjadi iklan di negara kita.









Saturday, 5 November 2011

Doa Dhuha



satu lagi doa yang di alunkan oleh kumpulan UNIC. Semoga ianya dapat memudahkan kita untuk menghafal doa tersebut dan mengamalkannya selepas solat Dhuha dan menghayati erti doa ini.

Doa Rabitah


doa rabitah boleh didapati di dalam al-Mathurat.

Dengan pendekatan yang di bawa oleh unic iaitu doa rabitah dalam bentuk lagu dan disertai dengan maknanya sekali, moga-moga mudah untuk kita menghafal dan memahami erti doa tersebut seterusnya dapat mengamalkannya...

Tuesday, 6 September 2011

SMK Agama Slim River

SMK Agama Slim River atau dikenali sebagai SMKASR dan SRISS (Slim River Islamic Secondery School) merupakan sebuah sekolah agama yang terletak di tepi jalan. Saya belajar di sini. Sekolah ini menyediakan pelbagai jurusan bagi menengah atas.Jurusan-jurusan yang di tawarkan ialah sains tulen, lukisan kejureteraan, akaun dan tekno. Pelbagai program yang di aturkan oleh pihak sekolah. Antaranya Sambutan Hari Guru, Hari kemerdekaan, Tamrin Rohani, Ikatan Ukhwah dan sebagainya.


Program yang akan di anjurkan pada masa terdekat ini ialah Ikatan Ukhwah.